‘Timbullah Una, balik la Una’

‘Timbullah Una, balik la Una’…

Chukai : “Timbullah Una, baliklah Una kami semua merindui kamu,” kata Ain Farhana Mohamad Husani, sambil menangis memanggil adiknya, Aina Husna, 25, yang masih hilang dalam tragedi bot karam dilanggar sebuah tongkang di perairan Kemaman, dekat sini, Ahad lalu.

Ain Farhana, 30 berkata, dia sangat berharap adiknya yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

“Baliklah una, mak dan ayah sudah lama berada di sini menunggu kepulangan kamu. Aku dah panggil kamu dari semalam, mungkin kamu tak dengar.

“Kawan-kawan kamu juga datang dari jauh merindui dan ingin melihat wajah kamu,” katanya ketika ditemui di jeti Maritim Malaysia Kemaman, hari ini.

Ain Farhana berkata, mereka sekeluarga berharap pasukan penyelamat akan terus melakukan pencarian adiknya kerana percaya Aina Husna masih hidup.

“Saya nak sangat berjumpa dengan dia (Aina Husna) dah empat hari saya menunggunya dan pada firasat saya dia masih hidup.

“Teruskan usaha mencari adik, saya sangat menghargainya, ” katanya sambil memaklumkan anak saudaranya, Angle Naura Ogochukwu berusia dua tahun turut merindui Aina Husna

“Angle sangat rapat dengan Aina Husna dan dia (Aina Husna) sangat sayang dan suka bermanja dengan Angle yang merupakan anak kakak kami yang sulong.

“Saya dan keluarga berharap supaya pasukan penyelamat tidak mudah kecewa dan terus mencari adik saya itu.

“Saya nak sangat berjumpa dengan dia (Aina Husna) dah empat hari saya menunggunya dan pada firasat saya dia masih hidup.

“Teruskan usaha mencari adik, saya sangat menghargainya, ” katanya.

Selain Aina Husna, Yusoff Kassam, 66, juga belum ditemui. HM

‘Timbullah Una, balik la Una’…

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker