Kereta dirempuh jengkaut, 2 maut, 4 cedera

Kereta dirempuh jengkaut, 2 maut, 4 cedera

SEREMBAN: Dua maut manakala empat lagi cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah jengkaut yang sedang membantu kerja-kerja pemasangan kabel di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelam, Port Dickson awal pagi tadi.

Ketua Polis Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang maut dalam kejadian 1.45 pagi itu terdiri daripada pemandu lelaki berusia 24 tahun dan penumpang wanita yang merupakan pelajar kolej berusia 18 tahun.



Empat lagi penumpang berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun cedera ringan, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan, tambahnya.

Aidi Sham berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila kereta dari arah Port Dickson menghala ke Seremban itu cuba mengelak kon di atas jalan.

Kenderaan itu bagaimanapun terbabas dan merempuh sebuah jengkaut yang sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel bawah tanah.

Akibat pelanggaran itu, pemandu serta seorang penumpang kereta itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, katanya menambah, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.



Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222, bagi membantu siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT

Kereta dirempuh jengkaut, 2 maut, 4 cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker