Tidak boleh guna istilah kafir harbi – Mufti Pahang

Tidak boleh guna istilah kafir harbi – Mufti Pahang

KUANTAN – Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan istilah kafir harbi untuk menyelar pihak lain bagi mengekalkan kemakmuran negara.

Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim berkata, sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia perlu menitikberatkan perpaduan selain menjaga sensitiviti semua pihak.



‘’Tidak boleh guna istilah kafir harbi kerana semua pihak (parti) pernah memerintah dan menjunjung Islam agama negara. Masing-masing perlu redakan suasana kempen dan elakkan isu sebegitu,’’ katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi istilah kafir harbi adalah dirujuk kepada golongan orang bukan Islam yang tiada jaminan perlindungan daripada orang Islam dan merupakan golongan yang memerangi Islam serta melakukan kejahatan ke atas mereka.

Pada Jumaat lalu, DAP menuntut individu yang mengeluarkan kenyataan parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada program ceramah Pas dan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri supaya memohon maaf.

Tuduhan yang disifatkan sebagai melampau itu didakwa dilakukan oleh individu yang mempengerusikan majlis ceramah berkenaan dan telah tular di media sosial. MG



Tidak boleh guna istilah kafir harbi – Mufti Pahang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker