Pemandu disyaki mabuk menjadi punca kemalangan 7 kenderaan

Pemandu disyaki mabuk menjadi punca kemalangan 7 kenderaan

TAWAU: Seorang pemandu disyaki memandu bawah pengaruh alkohol dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Batu 3 Jalan Apas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang, lelaki berumur 32 tahun turut ditahan polis.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika suspek dari arah Jalan Apas menuju ke pusat bandar.

Beliau berkata, apabila menghampiri sebuah pasar raya di Batu 3 Jalan Apas, suspek dilihat memandu secara melulu sebelum merempuh tiga kenderaan yang sedang parkir dan empat lagi kenderaan lain yang sedang bergerak termasuk motosikal.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berumur 26 tahun mengalami kecederaan di kedua belah tangan dan bahagian lutut.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pemandu terbabit dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.



Jasmin berkata, siasatan lanjut masih meneruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. BH

Pemandu disyaki mabuk menjadi punca kemalangan 7 kenderaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker