Bunuh pelajar kolej vokasional, 13 remaja mengaku tidak bersalah
Bunuh pelajar kolej vokasional, 13 remaja mengaku tidak bersalah
TAWAU: Sebanyak 13 remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di Kolej Vokasional Lahad Datu, pada Mac lalu.
Pertuduhan terhadap semua remaja lelaki berumur antara 16 hingga 19 tahun itu dibacakan di hadapan Hakim Duncan Sikodol yang kemudiannya menetapkan perbicaraan kes bermula 18 hingga 22 Nov dan 25 hingga 29 Nov tahun ini.
Mereka didakwa secara bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 22 Mac, Nazmie ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam pada beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suryana dan Hurman Hussain, sembilan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Ram Singh, dan Chen Wen Jye, dan seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika, manakala tiga lagi tidak diwakili peguam.
Suhaimi memaklumkan pihaknya akan memanggil 10 hingga 12 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Pada 2 April lalu, 13 pelajar berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu atas pertuduhan itu dan kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. FMT
Bunuh pelajar kolej vokasional, 13 remaja mengaku tidak bersalah
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut