Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa

Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi menyindir Pengarah Operasi Pilihan Raya PN bagi PRK DUN Nenggiri, Annuar Musa yang mengenakan pakaian mewah ketika berkempen di Nenggiri, baru-baru ini.

Mohd Puad berkata, Annuar sepatutnya “berlakon” dan tak perlu mengenakan pakaian mewah ketika berkempen kerana kononnya memperjuangkan masyarakat miskin.



“Viral beberapa gambar Annuar Musa pakai barang jenama Louis Vuitton. Baju LV. Jam tangan LV. Selipar pun LV. Ia ekoran Annuar pakai baju Louis Vuitton masa bagi maggie mee pada pengundi Orang Asli.

“Kesian (kasihan) Annuar. Tak salah dia pakai barang berjenama. Betullah, itu pitih (duit) dia.Tetapi berpada-padalah.

“Lain kali jangan over bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV. Berlakonlah sikit. Pakai kopiah dan kain pelikat cap gajah duduk.



“Annuar kata ahli PAS yang tuduh DAP kafir harbi tersasul cakap. Tapi pakai baju Louis Vuitton tidak mungkin tersasul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bekas setiausaha agung Umno yang berpaling tadah menyertai PAS itu mencuri tumpuan warga maya apabila dia didakwa berbaju yang harganya mencecah RM14,000 ketika berkempen di kawasan Orang Asli.

Dalam ceramahnya di Jeram Tekoh, Gua Musang baru-baru ini, Annuar berkata isu pakaiannya tidak sepatutnya menjadi isu di Neggiri.

Katanya, pakaian itu dibeli dengan menggunakan wangnya sendiri dan tidak perlu dipertikai.



“Musim pilihan raya patut tinggal kenderaan kerajaaan, guna kenderaan sendiri, ni marah kepada saya kenapa pakai baju mahal, ikut aku pitih (duit) aku,” katanya. Mk

Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep



Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker