Zuki Ali berkhidmat dengan 4 PM dan 2 YDP Agong

Zuki Ali tamatkan khidmat selepas 32 tahun

Zuki Ali berkhidmat dengan 4 PM dan 2 YDP Agong

Mohd Zuki Ali menyatakan kesediaan untuk terus berkhidmat untuk negara, meskipun bersara daripada perkhidmatan awam secara rasmi hari ini.

Beliau yang menamatkan khidmat sebagai ketua setiausaha negara berkata tempoh 32 tahun tujuh bulan dalam perkhidmatan awam satu pengalaman mencabar dan manis buat dirinya.



“Saya rasa syukur kerana sepanjang tempoh berkhidmat sebagai ketua setiausaha negara, banyak pengalaman saya lalui dan hikmah saya dapat.

Saya sempat berkhidmat dengan dua Yang di-Pertuan Agong dan empat orang perdana menteri.. Insya-Allah saya akan bersedia untuk berikan apa juga khidmat dan nasihat pandangan jika masih diperlukan, katanya kepada pemberita selepas sesi clock out di Bangunan Perdana Putra.

Turut hadir Shamsul Azri Abu Bakar yang dilantik sebagai ketua setiausaha negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilapor berkata Zuki akan diberikan tugasan penting lain bagi membantu kerajaan, namun tidak memperincikannya.



Sementara itu, Zuki merakamkan ucapan terima kasih kepada perdana menteri, Jemaah Menteri, dan warga perkhidmatan awam yang membantunya ketika berkhidmat sebagai ketua setiausaha negara.

Warga penjawat awam perlu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi menjayakan aspirasi Malaysia Madani, katanya.

Zuki turut merakamkan ucapan tahniah kepada Shamsul atas pelantikan beliau sebagai ketua setiausaha negara yang ke-16.

Saya amat yakin dan percaya perkhidmatan awam akan terus cemerlang dan gemilang di bawah kepimpinan Shamsul, katanya.



Dalam catatan di Facebook, beliau turut merakam penghargaan kepada media yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau sepanjang memegang amanah sebagai ketua setiausaha negara.

Zuki, 62, mula memegang jawatan sebagai KSN pada 31 Dis 2019 dan dilantik semula secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024. FMT

Zuki Ali berkhidmat dengan 4 PM dan 2 YDP Agong

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep



Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker