Jojo janji bangkit di Amerika Syarikat
KUCHING: Kekalahan kepada petarung berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada 8 Jun lalu, menguatkan lagi azam Johan Ghazali Zulfikar untuk bangkit pada pertarungan seterusnya bulan depan.
Jaguh muay thai negara itu yang mesra disapa Jojo akan bertarung di negara kelahiran ibunya, Amerika Syarikat (AS) 9 September ini.
Atlet muda berusia 18 tahun itu akan membuat kemunculan sulung di AS, tepatnya di Denver, Colorado berdepan jaguh Mexico, Josue Cruz dalam pertarungan ONE 168.
‘Insya-Allah, kalau tidak cedera, tidak menghadapi masalah berat badan, saya tidak akan menghadapi masalah untuk pertarungan itu
“Kekalahan pada pertarungan awal Jun lalu (tewas berdasarkan keputusan ‘unanimous decision’) bukan sahaja mengajar saya untuk lebih berwaspada tetapi juga seluruh pasukan sehingga mendorong kami menukar ‘game plan’.
“Jurulatih juga memberi tumpuan berbeza dalam latihan dengan memberi fokus cara keluar dan masuk (mendekati lawan) serta gerakan kaki,” katanya ketika ditemui di Rentap Muay Thai Gym, di sini, hari ini.
Mengenai lawan yang akan dihadapinya, Jojo berkata, beliau sudah meneliti corak permainan serta gerakan Cruz.
“Saya sudah beberapa kali menonton video pertarungan dia dan melihat cara dia berlawan, saya yakin mampu mengatasinya.
“Walaupun keyakinan kini tinggi, bukan bermakna saya memandang mudah keupayaan lawan, sebaliknya ia menuntut saya untuk meningkatkan lagi latihan,” katanya.
Mengenai tekanan apabila julung kali beraksi di AS, Jojo berkata ia biasa dihadapinya sebelum menghadapi setiap pertarungan.
“Tekanan itu dirasai kerana saya akan membawa nama Malaysia. Saya sedar harapan tinggi rakyat Malaysia setiap kali saya bertarung.
“Tetapi tekanan itu juga membuatkan saya lebih berhati-hati dan memberi fokus saya bertarung atas nama Malaysia, jadi saya harus melakukan yang terbaik untuk negara saya,” katanya.
Baru-baru ini seorang lagi jaguh muay thai negara, Mohammad Rifdean Masdor, dijemput oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Muay Thai (IFMA) ke Sukan Olimpik Paris 2024 untuk mempamerkan kemahiran di Club France bersama 23 atlet dari negara berbeza mempromosi sukan tempur itu menjelang edisi seterusnya di Los Angeles pada 2028.
Mengulas mengenainya, Jojo berkata, sebagai atlet beliau tentunya mengharapkan sukan disertainya turut dipertandingkan di Olimpik.
“Menjadi impian semua atlet untuk beraksi di pentas Olimpik dan jika muay thai disenaraikan pada Olimpik selepas ini saya tentunya orang pertama merebut peluang untuk membawa cabaran Malaysia,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]