Hempuk kepala ibu dengan ‘helmet’, anak dipenjara 5 bulan
Hempuk kepala ibu dengan ‘helmet’, anak dipenjara 5 bulan
Lelaki dihukum lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku salah menghempuk kepala ibunya menggunakan topi keledar, minggu lalu.
Tertuduh, Ezat Hamidee Abdul Latib, 35, menyatakan dia berbuat demikian kerana marah ditegur oleh ibunya, selain malu apabila keluarga mengetahui dia baru keluar pusat serenti.
Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Ezat yang mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Tambak Bugis, Telok Mas, kira-kira 12.30 tengah hari pada 4 Ogos lalu, lapor Berita Harian.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua hukuman itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan kerana mangsa adalah ibu kandung tertuduh.
Sementara itu, dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memberikan dadah jenis methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Melaka Tengah, hari sama, pada 2.30 petang.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan diberikan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 17 September ini bagi mendapatkan laporan patologi. FMT
Hempuk kepala ibu dengan ‘helmet’, anak dipenjara 5 bulan
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jep tak puas hati, ini respons Mamat
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]
Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’