‘Saya tak mahu bersubahat’
Pengarah Kuala Lumpur (KL) United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar membuat laporan polis.
‘Saya tak mahu bersubahat’
Tidak mahu bersubahat dan ingin menegakkan integriti menjadi antara faktor Pengarah Kuala Lumpur (KL) United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar mengambil langkah berani mendedahkan isu dokumen tidak tepat atau tidak benar pasukan KL City dalam mendapatkan lesen.
Pendedahan Syed Yazid sebelum ini membawa kepada siasatan First Instance Body (FIB) terhadap dokumen yang diserahkan KL City FC dalam proses perlesenan kelab.
Skuad City Boys kemudian dikenakan enam bentuk hukuman oleh FIB selepas didakwa mengemukakan dokumen tidak tepat atau tidak benar dalam mendapatkan lesen.
Susulan daripada keputusan FIB itu, Syed Yazid kemudian membuat laporan polis dengan harapan supaya kes berkenaan disiasat lebih terperinci.
“Selepas saya tahu dokumen ini palsu, saya tak mahu terbabit atau dikatakan bersubahat. Benda salah tetap salah, saya kena bagi tahu kepada peminat bola sepak khususnya pasukan KL City dan kelab gabungan.
“Kita mahu benda ini diuruskan dengan baik dan amanah. Kita mahu ada integriti, kejujuran dan amanah dalam menguruskan kelab bola sepak terutamanya pasukan yang tengah berada di kedudukan yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan, hari ini.
Sebelum ini, Syed Yazid mendedahkan bahawa KL City tidak melunaskan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Februari 2023 membabitkan jumlah keseluruhan hampir RM719,000.
Selain itu, Syed Yazid menjelaskan laporan polis yang dibuat bagi membersih imej Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), KL City dan dirinya dengan dia juga bercadang untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Laporan polis ini supaya pegawai yang berada dalam KL City dan juga pasukan lain menjalankan atau menguruskan segala dokumen dengan baik dan amanah.
“Laporan ini juga untuk memperbetulkan imej KLFA, KL City dan imej saya. Saya juga harus pertahankan diri terutamanya kepada penyokong KL dan peminat bola sepak tanah air,” katanya. BH
‘Saya tak mahu bersubahat’
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.