Lelaki Pakistan liwat pemuda cari kerja di kedai perabot ditahan

Lelaki Pakistan liwat pemuda cari kerja di kedai perabot ditahan

MELAKA: Hasrat seorang pemuda untuk mencari kerja bertukar tragedi hitam apabila diliwat oleh lelaki warga asing di sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak, dekat sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, ketika mangsa berusia 22 tahun datang ke sebuah kedai perabot di Tanjung Minyak, di sini.



Beliau berkata, mangsa bertanya kepada seorang lelaki Pakistan yang juga penjaga kedai mengenai kerja kosong sebelum diajak naik ke tingkat atas kononnya untuk bertemu dengan pengurus premis.

“Sejurus pengadu naik ke tingkat atas dia mendapati tiada sesiapa dan hanya tempat simpanan perabot.

“Tiba-tiba suspek menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke dalam sebuah bilik kecil di tingkat atas.

“Suspek kemudian membuka seluar pengadu secara paksa sebelum meliwatnya. Dalam keadaan cemas itu, mangsa cuba melepaskan diri tetapi suspek menahannya namun dia menjerit dan berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini.



Zainol berkata, mangsa adalah anak bongsu daripada dua beradik dan baru menamatkan pengajiannya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bertindak atas maklumat, katanya, suspek yang juga jurujual berusia 36 tahun itu ditahan pegawai dan detektif Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari sama jam 6.30 petang.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya.



Sementara itu, Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 11 Ogos ini bagi membantu siasatan. BH

Lelaki Pakistan liwat pemuda cari kerja di kedai perabot ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker