Budak pandu kereta bawa adik, bapa dituduh hari ini

Budak pandu kereta bawa adik, bapa dituduh hari ini

SEPANG: Bapa dan anaknya yang memandu kereta dengan membawa dua adik di kawasan perumahan sehingga video mengenainya tular di media sosial, akan didakwa di Mahkamah Sepang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata bapa berusia 53 tahun itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Anaknya berusia 12 tahun pula akan dituduh mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987,” katanya dalam kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong.

Wan Kamarul dilaporkan berkata, lelaki itu hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk memberi keterangan pada 11.30 malam, 29 Julai lalu.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi satu minit 49 saat memaparkan seorang wanita menahan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang remaja lelaki dan turut dinaiki dua kanak-kanak.



Menerusi rakaman itu, kereta terbabit dipandu agak laju ketika melalui bonggol di depan sebuah rumah sebelum diarah oleh wanita berkenaan supaya memberhentikan kenderaan. BH

Budak pandu kereta bawa adik, bapa dituduh hari in

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia tinggalkan saya macam tu sahaja

Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]



Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]

Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker