Bahaya kalau FIFA tahu
Dakwaan terhadap KL City itu adalah berat.
Bahaya kalau FIFA tahu
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius kes membabitkan pasukan Kuala Lumpur (KL) City yang didakwa mengemukakan dokumen tidak tepat atau tidak benar dalam proses mendapatkan lesen.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menjelaskan pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi melihat kaedah untuk mengatasi masalah berkenaan.
Beliau turut mengakui perkara itu harus diselesaikan dengan sewajarnya bagi mengelak kesan lebih besar termasuk tindakan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
“Betul (bahaya jika FIFA tahu). Kita akan mengadakan perbincangan dengan MFL dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.
Kelmarin, FIB mengumumkan enam hukuman terhadap KL City FC atas deklarasi tunggakan yang tidak tepat atau tidak benar ketika proses pelesenan kelab sebelum ini.
Bagi hukuman berdasarkan lesen kebangsaan, KL City dikenakan pemotongan enam mata, denda RM50,000 dan larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025.
Sementara itu, berdasarkan lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pula, skuad City Boys dikenakan hukuman tidak dibenarkan memohon lesen AFC selama dua kitaran pelesenan kelab MFL (kitaran 2024-2025 dan 2025-2026), denda RM50,000 dan lesen AFC bagi pasukan itu yang diluluskan oleh FIB untuk kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi musim AFC 2024-2025 dibatalkan.
Selain itu, Noor Azman mengakui AFC sentiasa memberikan nasihat kepada FAM untuk menangani isu terbabit dengan lebih berhati-hati.
“Saya tak nampak AFC campur tangan. AFC beri saranan dan (Setiausaha Agung AFC) Datuk Windsor Paul John suruh kami menangani perkara itu.
“Kami pun ada hantar surat kepada MFL dan MFL pun sudah menyiasat. Selepas itu FIB (First Instance Body) pun menyiasat dan sudah keluarkan kenyataan,” katanya. BH
Bahaya kalau FIFA tahu
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu Jeli lumpuh, 1,000 ahli keluar parti
- Rusuhan di UK, lebih 400 ditahan
- Rakyat Bangladesh rompak kediaman Hasina
- ‘Too low’ jadikan video Zahid tersasul sebagai bahan kempen
- Yahya Sinwar ketua politik baru Hamas
- Mungkinkah PN berubah wajah selepas Nenggiri?
- Ku Li mampu kalihkan Nenggiri
- ‘Kami kahwin minggu depan’ – Kasih Iris Leona
- Apa salah saya – Lee Zii Jia (Video)
- Menteri terpaksa tumpang motosikal pergi mesyuarat kerana jalan ‘jem’
- ‘Is she Indian or Black?’, Trump questions Harris’ identity
- Ayob Khan, Mohd Shuhaili tidak wajar dipindahkan ke agensi lain
- Jep ‘sound’ podcast asyik petik namanya
- Pakar Perubatan ‘beletiaq’ loghat Kedah (Video)
- Luana Alonso diusir dari perkampungan atlet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.