Azeem yakin jadi Raja Pecut Asia 2025

Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memasang ‘impian besar’ untuk menjadi antara individu terpantas di benua Asia bermula tahun depan.

Pemegang rekod kebangsaan acara 100m itu berkata, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan bawah kendalian Ken Harden yang dijangka memberi kesan positif terhadap prestasinya.

“Tahun ini secara asasnya merupakan tahun transisi dan saya baru mula untuk menyesuaikan diri dengan kaedah latihan yang baharu, persekitaran baharu. Ramai orang yang tak tahu sebab saya suka bekerja keras dalam diam.

Sasaran saya tahun 2025 ini sudah tentu untuk kembali dan menjadi salah seorang pelari terpantas di Asia. Jadi, untuk 2025, semestinya saya akan menjadi Azeem yang telah dewasa dan berbeza, insya-Allah,



 katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, Azeem yang beraksi di pentas Olimpik Paris 2024 menerusi tiket ‘wild card’ dalam acara 100m berjaya mara ke pusingan pertama selepas menduduki tempat kedua dalam saringan satu pusingan kelayakan dengan catatan 10.42s.

Bagaimanapun, hasrat atlet kelahiran Teluk Intan itu untuk mara ke pentas separuh akhir tidak kesampaian apabila terkandas pada pusingan pertama selepas menamatkan saingan di tangga tercorot daripada sembilan pelari dalam saringan 2 di Stade de France dengan masa 10.45s.

Beliau berkata, tiga kejohanan penting sudah ‘menunggunya’ tahun depan iaitu Kejohanan Balapan Trek dan Asia di Gumi Korea, Kejohanan Olahraga Dunia Tokyo dan Sukan SEA Thailand.



Saya telah mula memikirkan apa akan dilakukan pada 2025. Jadi, ia jalan yang jauh, tahun yang panjang, tapi akan balik ke Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat dan berbincang dengan jurulatih Ken untuk kita buat draf perancangan bagi tahun depan,

 katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan segala kritikan dan teguran berhubung prestasinya yang kurang memberangsangkan di Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai ‘harga’ perlu ‘dibayar’ sebagai seorang atlet.

Anak kelahiran Perak berusia 20 tahun berkata, beliau akan menerima semua itu dengan hati terbuka untuk jadi penguat semangat bagi mengharungi acara riben biru pada masa hadapan walaupun kadang kala menghadapi situasi tidak menentu.



“Ia merupakan perkara biasa bagi atlet untuk dikritik, diberi nasihat, pelbagai teguran dan harus ambil semua itu sebagai suatu aura positif di usia semuda ini.

“…tak dinafikan bukan suatu persembahan baik sepanjang tahun ini, tapi bagi saya, satu persembahan buruk tidak menentukan seluruh karier. Itu adalah naik turun seorang atlet yang saya yakin legenda negara juga melalui perkara sama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker