Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal
Akmal saran jemput Latheefa Koya ke Himpunan Huffaz bersihkan hati.
Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal
Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohd. Akmal Saleh menyarankan agar bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dijemput ke Majlis Himpunan Huffaz 24K.
Jemputan itu dibuat selepas Latheefa mengkritik program tersebut yang disifatkan sebagai “gimik mahal” kerajaan bagi menunjukkan ia lebih mengangkat Melayu dan Islam berbanding pesaing politiknya.
Menurut Mohd. Akmal, kritikan Latheefa memperlihatkan peguam tersebut ‘koyak’ dan hatinya boleh dibersihkan melalui program berkenaan selepas mendengar ayat-ayat al-Quran dibacakan.
“Ini bukan mahu tunjukkan siapa lebih Islam tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam yang perlu memartabatkan agama Islam tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.
“Jemput minah ni datang nanti untuk dengarkan ayat al-Quran masa program himpunan huffaz nanti, mana tahu terus bersih hati dia nanti. Tak adalah koyak sangat,” katanya melalui media sosial.
Media melaporkan, Latheefa mengkritik program tersebut dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan mendakwa, tanpa segan silu mengakui matlamat politik di sebalik acara tersebut.
Latheefa mendakwa program itu satu pembaziran dan seharusnya dibelanjakan kepada jalan yang lebih baik terutamanya diberikan kepada golongan miskin.
“Satu lagi gimik mahal kerajaan Madani untuk menunjukkan mereka lebih Islamik dan lebih Melayu daripada Pas-PN. Zahid sendiri tanpa segan silu mengaku matlamat politik di sebalik acara ini.
“Apa-apa pun, bagaimanakah sejumlah wang yang banyak dibelanja bagi mengumpulkan 24,000 huffaz pada acara sekali anjur begini menjadi satu bentuk komitmen yang sebenar kepada Islam?” katanya di platform X.
Ahmad Zahid sebelum ini menyasarkan untuk menghimpunkan 24,000 huffaz di seluruh negara akan dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Majlis Himpunan Huffaz 24K merupakan kesinambungan himpunan sama tahun lepas dan akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, program itu tersebut merupakan bukti bahawa iltizam dan tekad Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan agama Islam, serta komitmen dan tekad Perdana Menteri yang mahu melihat Islam tertanam dengan baik dan syumul. MG
Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’
- Aisha Retno tayang perut pulak dah
- Peminat tegur Bella Astillah ‘jual’ lutut lepas balik umrah
- Dua maut ketika merempit di Jalan Persiaran Raja Muda Musa
- Pemain bola sepak bawa senjata tajam ketika perlawanan diburu polis
- Kulit bersih, licin ketika mandikan jenazah Jay Jay
- Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia mesti berwaspada
- ‘Kemerdekaan kita tak lengkap tanpa pembebasan Palestin’ buat pemuda MCA sentap
- Ahli Bersatu kecewa ‘silap mata’ PAS
- Amanah Kluang gelojoh – Pemuda Umno Johor
- Tarik balik atau berdepan tindakan undang-undang
- Bunuh jiran kerana kerap tanya kenapa masih belum kahwin
- Kenapa kakak sanggup tukar ‘bin’ anaknya?
- Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya
- Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin disekat Meta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Van jenazah di Kajang kena rembat, adegan kejar-mengejar kecoh [VIDEO]
Penghantar makanan kongsi ‘‘Tempat paling kotor yang pernah aku hantar” [VIDEO]
Bella Astillah suka anak ikan? Gurauan Janna Nick cetus tanda tanya
You must be logged in to post a comment.