Polis temui alat mainan seks, suspek culik Albertine Leo ditahan semula

Polis hari ini menahan semula suspek lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak berusia enam tahun Albertine Leo Jia Hui di kawasan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas.

Ketua Polis Johor CP M. Kumar berkata ia susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai.

Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Kumar berkata suspek yang ditangkap bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai lepas akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu, tempoh reman lelaki berusia 31 tahun itu yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan tamat hari ini dan dia dibebaskan dengan jaminan polis sebelum ditahan semula.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter



Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker