Olimpik Paris 2024: Lima atlet ‘wanita jelita’ jadi tumpuan

PARIS: Sukan Olimpik Paris 2024 yang sedang berlangsung menyaksikan penyertaan lebih 10,000 atlet, turut menarik perhatian dengan kehadiran atlet jelita.

Russia dan Belarus dilarang bertanding kerana perang Ukraine, tetapi atlet dari negara berkenaan dibenarkan bertanding sebagai Atlet Neutral Individu.

Berikut adalah lima atlet wanita jelita yang mencuri tumpuan kerana kecantikan mereka.

Alica Schmidt
Alica Schmidt

Alica Schmidt, 25, dari Jerman, digelar Atlet Paling Seksi Dunia oleh pelbagai media, tetapi persembahannya di trek akan mencuri tumpuan.

Schmidt melayakkan diri ke Olimpik Paris selepas beraksi cemerlang di World Athletics Relays di Bahamas, di mana dia membantu pasukan lari berganti-ganti 4×400 meter (m) campuran untuk meraih kemenangan.

Dia mempunyai lebih 7.2 juta pengikut di Instagram dan TikTok, juga pernah bekerjasama untuk koleksi kapsul bagi jenama fesyen Hugo Boss.

 

Molly Caudery
Molly Caudery

Molly Caudery, 24, dari United Kingdom. Pencapaian Caudery pada 2024 mengukuhkan statusnya sebagai salah satu atlet yang bakal mencuri tumpuan dalam acara lompat galah.

Awal tahun ini, dia memenangi kejohanan dunia tertutup dengan lompatan 4.8m pada acara di Glasgow. Lebih mengagumkan, dia terus mencipta rekod dunia baharu dalam lompat bergalah.

Pada 22 Jun lalu, bintang ini melakukan lompatan melepasi ketinggian 4.92m pada acara Toulouse Capitole Perche di Perancis. Ia bukan sahaja mencipta rekod baharu Britain, tetapi juga menaikkannya ke tempat ketujuh dalam ranking dunia untuk lompatan tertinggi bagi wanita.

Caudery mempunyai 282,000 pengikut di Instagram.

 

Alysha Newman
Alysha Newman

Alysha Newman, 30, dari Kanada, membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Rio 2016, mengumpul banyak anugerah sepanjang kerjayanya sebagai atlet lompat galah.

Dia bertanding dua kali di Olimpik dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel.

Newman juga mempunyai banyak hobi termasuk peragaan, yoga panas, sukan air dan menonton filem. Bintang lawan pedang ini menarik perhatian dengan bakat olahraganya yang luar biasa dan kecantikannya.

 

Yana Egorian
Yana Egorian

Yana Egorian, 30, dari Russia, muncul pemenang acara lawan pedang di Sukan Olimpik Rio 2016, meraih pingat emas dalam kedua-dua acara individu dan berpasukan untuk wanita.

Di Olimpik Paris, dia bertanding sebagai Atlet Neutral Individu. Akaun Instagramnya mempunyai 775,000 pengikut.

Bintang berusia 25 tahun itu membuktikan komitmen terhadap sukannya melalui pencapaian yang mengagumkan.

Lieke Klaver
Lieke Klaver

Lieke Klaver, 25, dari Belanda. Selain mewakili Belanda di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Klaver memperoleh tujuh pingat utama sebagai ahli pasukan lari berganti-ganti 4x400m Belanda.

Dia menambah pingat individu pertamanya di Kejohanan Dalaman Eropah 2023 di Turkiye. Setakat Sabtu lalu, dia layak ke final untuk acara larian 400 m.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter

Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker