Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
KEPALA BATAS – Polis menahan dua wanita yang terlibat dalam satu pergaduhan berebut tempat letak parkir di sebuah pasar raya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan, Isnin lalu.
Keesokannya, satu lagi laporan dibuat wanita lain berhubung isu sama selepas video pergaduhan mereka tular di media sosial.
“Mereka yang masing-masing berusia 25 dan 38 tahun itu bergaduh selepas tidak puas hati dengan insiden berebut tempat parkir di pasar raya berkenaan.
“Susulan itu, kita menahan kedua-dua wanita berkenaan semalam bagi membantu siasatan termasuk merampas beberapa barang kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksana iaitu gaduh gempar, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tambah Anuar, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Nursyahirah Sarahani di talian 04 576 2222 (samb : 2275) atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Kelmarin tular satu rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan dua wanita bergaduh serta mengeluarkan perkataan sesat dipercayai berpunca daripada berebut parkir di sebuah pasar raya. MG
Gaduh berebut ‘parking’, dua wanita ditahan
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?
You must be logged in to post a comment.