UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia

UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tindakan terpaksa diambil kerana Muhamad Jailani telah meninggalkan dan membelakangkan pendirian parti.



“Mesyuarat telah mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti-rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta sebagai mana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat (ADUN Rembia) yang telah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO, malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Minggu lalu, Asyraf mendedahkan bukti ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis telah melanggar akuan bersumpah (SD) dan perlembagaan parti.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosialnya, Asyraf menunjukkan SD serta salinan asli Perjanjian Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang ditandatangani Jailani pada 2021.



Di Parlimen minggu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kemasukan Jailani yang sebelum ini digantung keahlian UMNO, ke dalam parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Dalam pada itu, UMNO turut mengarahkan semua ahli MKT untuk turun berkampung bagi memenangkan calon Perpaduan Zawawi Othman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan 17 Ogos depan.

“Mesyuarat telah memutuskan untuk seluruh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk berkampung dan menyelaras gerak-kerja jentera UMNO dan Barisan Nasional di setiap Pusat Daerah Mengundi di N43 Dun Nenggiri dalam Pilih Raya yang bermula dengan penanaman calon pada 3 Ogos depan,” katanya lagi.

UMNO dalam mesyuarat sama mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan secara kejam ke atas bekas Perdana Menteri dan pejuang pembebasan Palestin, Dr Ismail Haniyeh di Tehran.



Asyraf Wajdi berkata pembunuhan pimpinan tertinggi Hamas yang memainkan peranan utama dalam usaha genjatan senjata demi keamanan di Gaza ini, membuktikan kebaculan dan kegilaan Zionis Israel yang berterusan melakukan genosid ke atas rakyat Palestin.

“UMNO bertekad untuk terus mendokong perjuangan pembebasan Palestin dan sentiasa bersama dengan saudara kami di kalangan Hamas, Fatah dan seluruh rakyat Palestin yang sekian lama ditindas dan dirampas hak mereka oleh Zionis Israel.

“UMNO melalui wakil parti dalam kerajaan perpaduan akan terus memperjuangkan hak dan menuntut keadilan di pentas antarabangsa agar kekejaman dan sifat kebinatangan Israel dihukum” sekeras-kerasnya oleh masyarakat dunia dan negara-negara yang ikhlas cintakan keamanan dan keadilan,” katanya lagi.

Awal hari ini, kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan bahawa Haniyeh terbunuh dalam ‘serbuan’ Israel di kediamannya di Tehran. MG



UMNO mulakan tindakan tuntut RM100 juta terhadap ADUN Rembia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker