Olimpik 2024: Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke separuh akhir
Olimpik 2024: Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke separuh akhir
BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terus melakar sejarah baharu apabila mengekalkan momentum cemerlang untuk melangkah ke separuh akhir temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia selepas pasangan di ranking ke-13 dunia itu mengejutkan pemenang pingat gangsa edisi lalu, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada perlawanan suku akhir, sebentar tadi.
Kejayaan itu menandakan mereka sebagai pasangan beregu wanita pertama negara untuk beraksi di pentas separuh akhir sekali gus meneruskan misi memburu pingat.
Lebih menarik, Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan kemunculan pertama buat Pearly-Thinaah di temasya terbesar dunia itu.
Kali terakhir beregu wanita negara berada di peringkat suku akhir adalah pada edisi 2016 menerusi gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei.
Mereka bagaimanapun tumpas kepada pemenang pingat emas edisi tersebut, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 16-21, 21-18, 9-21.
Dalam perlawanan penuh debar yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena itu, Pearly-Thinaah menampilkan persembahan memukau setelah menang 21-12, 21-13 dalam tempoh 42 minit.
Pasangan utama negara itu memulakan perlawanan dengan konsisten setelah berjaya mendahului 11-5 dalam set pertama dan seterusnya mencatatkan kemenangan 21-12 dalam tempoh hanya 17 minit.
Pasangan Korea Selatan itu kemudiannya cuba memberikan tentangan lebih sengit dalam set kedua tetapi Pearly-Thinaah memperoleh kelebihan 11-8.
Walaupun Pearly dilihat mengalami kecederaan pada ketika kedudukan 13-13, namun itu tidak memberi masalah untuk mereka mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan keputusan 21-13.
Keputusan itu sekali gus ‘membalas dendam’ apabila Pearly-Thinaah tewas kepada pasangan kesepuluh dunia itu 14-21, 14-21 dalam satu-satunya pertemuan sebelum ini pada perlawanan peringkat kumpulan saingan Jelajah Dunia Akhir 2021.
Menanti mereka di pentas separuh akhir ialah pasangan beregu nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang mudah menundukkan wakil Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-15, 21-8.
Pearly-Thinaah memulakan kempen peringkat kumpulan dengan langkah kiri apabila tewas kepada Qing Chen-Yi Fan, sebelum mencipta dua kemenangan luar biasa mengatasi pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti untuk mara ke suku akhir. Utv
Olimpik 2024: Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke separuh akhir
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu