Cuba bunuh isteri, lelaki ditahan polis

Cuba bunuh isteri, lelaki ditahan polis

GERIK: Lelaki ditahan polis selepas dipercayai cuba membunuh isterinya dengan cara menolak hingga jatuh gaung dalam kejadian berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata maklumat kejadian diterima jam 2 petang pada hari sama melalui panggilan telefon oleh orang awam yang memaklumkan penemuan mangsa iaitu seorang wanita berusia 32 tahun yang didapati keseorangan selain mengalami kecederaan di kawasan itu.



Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 39 tahun yang juga suami mangsa membawanya dari ibu kota menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung kira-kira jam 5. 30 petang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya sepanjang perjalanan itu berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua mereka yang turut membawa kepada mangsa dikasari selain diugut bunuh oleh suaminya itu.

“Sepanjang perjalanan, pertengkaran mulut berlaku antara mereka. Apabila sudah malam setibanya di satu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau namun mangsa merayu, namun berlaku pertengkaran sambil suspek mencekik leher mangsa.

“Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memaksa isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 hingga 5 pagi. Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka.



“Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan.

“Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa bertindak menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai oleh orang awam yang lalu menghubungi polis dengan kemudiannya mangsa dibawa oleh ambulans ke Unit Kecemasan, Hospital Gerik untuk diberi rawatan awal.

“Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan dan kini mangsa menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.



Beliau berkata, suspek berjaya ditangkap pada semalam (31 Julai) oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah kerana terdapat pembabitan suspek dalam kes yang berlaku di daerah pentadbiran IPD berkenaan.

“Suspek juga mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952; Akta Kesalahan Kecil; dan Kanun Keseksaan.

“Sejurus siasatan kes di Baling selesai, suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk melengkapkan siasatan kes cubaan membunuh ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. BH



Cuba bunuh isteri, lelaki ditahan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker