Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini, disyaki berkhalwat selepas berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.

Menurut sumber pihak berkuasa, lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, aktif mengutip derma bagi mengisi tabung Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.

“Dia ditahan sepasukan pegawai Jawi ketika sedang berdua-duaan dengan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an.

“Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama dilihat terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan, sebelum lelaki tiba kira-kira 2 petang.

“Pasukan penguat kuasa Jawi pula masuk membuat pemeriksaan di bilik terbabit pada 4.45 petang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan cuba melarikan diri dan memberikan alasan bertemu wanita itu untuk memberi barang kepadanya.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, cubaannya gagal dan ditahan pegawai Jawi.

Rider lelaki digoda pelanggan

“Lelaki terbabit pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.

“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung isu peperangan Palestin-Israel,” katanya. HM

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker