‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’

#PRKNenggiri

‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, menafikan dakwaan yang tular bahawa beliau mengeluarkan arahan kepada PKR bagi melarang pemakaian baju Pakatan Harapan (PH) ketika masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ahmad Jazlan menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan sebagaimana dakwaan yang tular sejak petang semalam melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Malah, kandungan arahan yang tular itu turut mendakwa Ahmad Jazlan hanya membenarkan jentera PKR memakai baju UMNO dan BN.

“Petang semalam, berlegar mesej berhantu yang memburukkan nama saya. Ini adalah satu dakyah dan konspirasi politik kotor (didakwa) daripada pihak lawan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya perkara ini. Seluruh jentera parti dalam Kerajaan Perpaduan bersemangat dan kekal fokus untuk memenangkan calon BN di DUN Nenggiri,” katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Media sebelum ini melaporkan UMNO menghormati pandangan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang mencadangkan DAP tidak perlu hadir membantu kempen di Nenggiri menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu pada 17 Ogos depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipetik berkata pandangan berkenaan mempunyai asas kerana Ku Li yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan Pengarah PRK Nenggiri, adalah ahli politik veteran serta lebih mengetahui sentimen setempat.

Sebelum itu, Ku Li dilaporkan meminta DAP supaya tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri menjelang PRK DUN berkenaan di Kelantan.

Tengku Razaleigh dipetik berkata, tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang 100 peratus pengundi Melayu. BH

‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat

Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker