Lelaki maut dengan kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut

Lelaki maut dengan kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut

MIRI: Seorang lelaki warga asing ditemui maut dengan kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut di kawasan ladang kelapa sawit persendirian di Sepupok, Niah, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada seorang lelaki warga asing pada jam 8 malam Isnin lalu.



“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing berusia 40 tahun.

“Terdapat kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya giat mengesan suspek dan saksi kejadian, selain mendapatkan keterangan serta bukti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya dengan tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 085-433730. BH



Lelaki maut dengan kesan tembakan di dahi, mata, leher dan perut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Presiden NGO kutip dana Palestin ditangkap khalwat



70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu

Rider lelaki digoda pelanggan



Ini cara jurulatih ajar pemain bola sepak wanita?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker