Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim ditutup secara berperingkat Ahad ini
Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim ditutup secara berperingkat Ahad ini
Georgetown: Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di sini, akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024 pada Ahad ini.
Jambatan Pulau Pinang akan ditutup bermula jam 6.30 pagi hingga 9 pagi dari sebelah pulau, manakala penutupan JSAHMS atau Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Kawan ke Batu Maung akan bermula pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, berkata beberapa jalan terbabit juga akan ditutup secara berperingkat bagi menjayakan program kayuhan itu yang akan bermula dan berakhir di Tapak Pesta Sungai Nibong.
“Acara kayuhan itu akan melalui Jambatan Pulau Pinang, Jalan Perindustrian Juru, Batu Kawan sebelum berpatah balik ke Tapak Pesta melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Lebuhraya Tun Dr Lum Chong Eu.
“Seramai 2,343 peserta mendaftar untuk menyertai acara kayuhan sejauh 68 kilometer tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai makluman, peserta akan dilepaskan pada jam 7 pagi di Tapak Pesta Sungai Nibong dan mereka kemudiannya akan menyeberangi Jambatan Pulau Pinang dari pulau ke tanah besar sebelum melakukan kayuhan pulang dari Batu Kawan ke Batu Maung melalui JSAHMS. BH
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim ditutup secara berperingkat Ahad ini
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.