Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
‘Selepas 8 tahun, ini first time saya tengok semula surat ini’
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
“Setelah hampir lapan tahun, ni ‘first time’ (kali pertama) saya tengok semula surat ini. Lepas saya letak dulu, tak pernah tengok dah sampai sekarang,” demikian kata Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi menerusi perkongsian di Instagram hari ini.
Muhammad Aiman Aufa yang merupakan saksi pendakwaan dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain disebut-sebut oleh pengguna media sosial ketika ini susulan tular kembali surat layang yang pernah dihantarnya Ketika itu.
“Tak tahu lah macam mana boleh sampai ke ‘public’ (umum). Apa-apa pun al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha, Allah penentu segalanya. Al-Fatihah,” katanya pada hantaran itu hari ini.
Surat layang itu bertulis, ‘kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10 Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. Segera’.
Pada ruangan komen pula, orang ramai berterima kasih kepada Muhammad Aiman Aufa susulan tindakannya menulis surat layang tersebut bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman.
“Kamu ke yang tulis surat layang masa Arwah Zulfarhan. Terima kasih dik. Kamu dah jadi orang berguna,” kata seorang pengguna Instagram.
“Terima kasih orang baik, terima kasih sebab prihatin pada kawan anda. Sumpah ‘salute’ gila,” komen seorang pengguna lagi.
“Terima kasih Aiman sebab hantar surat layang tu. Sekarang kawan kau dah terbela. Moga satu keluarga dirahmati selalu,” ujar seorang individu.
Berdasarkan perkongsian gambar dan video oleh Muhammad Aiman Aufa pada akaun Instagram peribadinya, dia kini telah pun berumah tangga pada tahun lalu.
Selasa lalu Kosmo! melaporkan, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Zulfarhan Osman dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Keenam-enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali. K Online
Surat layang yang ditulis Aufa bagi menyelamatkan Zulfarhan Osman
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis
You must be logged in to post a comment.