Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan

Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membantah hukuman mati dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Badan pemerhati hak asasi manusia itu percaya hukuman sedemikian bukan penyelesaian yang adil mahupun berkesan.

“Walaupun kami dapat merasakan kesedihan dan keperitan keluarga (mangsa) serta mengiktiraf tahap keseriusan jenayah itu, Suhakam tegas dengan pendirian menentang penggunaan hukuman mati.

Keputusan Mahkamah Rayuan Selasa lepas ialah peristiwa yang menyedihkan dalam sejarah kehakiman negara, katanya dalam kenyataan.

Suhakam berkata, hukuman mati tidak memberi peluang kepada pesalah menjalani pemulihan.

Pemulihan boleh mengubah pesalah menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan menyumbang (kepada masyarakat), katanya.

“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tersebut tetapi juga membantu mencegah kejadian (sama) berulang dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.

Sehubungan itu, Suhakam menggesa kerajaan mempertimbangkan semula penggunaan hukuman mati, sebaliknya berusaha ke arah membentuk sistem keadilan yang adil dan berperikemanusiaan.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas pelajar UPNM tersebut selepas mereka didapati bersalah membunuh Zulfarhan tujuh tahun lepas.

Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel hakim berkata, hukuman mati wajar dikenakan terhadap Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Sofi; Najib Razi; Afif Najmudin Azahat; Shobirin Sabri; dan Hakeem Ali dengan mengambil kira kekejaman jenayah yang dilakukan.

Zulfarhan diserang tanpa henti selama dua hari, dari 21 hingga 22 Mei 2017, kerana didakwa mencuri komputer riba Akmal.

Pakar patologi Dr Salmah Arshad sebelum ini memberi keterangan bahawa Zulfarhan mengalami 90 kecederaan di seluruh badannya, dengan lebih 80% badannya melecur. FMT

Suhakam bantah hukuman mati pembunuh Zulfarhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker