MU Umno selar dana syarikat arak, judi ke sekolah

MU Umno selar dana syarikat arak, judi ke sekolah

Majlis Ulama Umno (MUU) menentang sebarang cubaan untuk menormalisasikan sumbangan daripada sumber yang memudharatkan untuk digunakan bagi aktiviti masyarakat sivil yang baik.

MUU berkata sumbangan daripada sumber aktiviti judi mahupun arak tidak wajar digunakan dalam aktiviti pendidikan.



“MUU menegaskan prinsip bahawa dana daripada mana-mana syarikat yang terlibat dengan aktiviti yang dikategorikan sebagai memudharatkan seperti arak dan judi tidak wajar dijadikan sumber bagi mana-mana pusat pendidikan dalam negara.

“Hal ini kerana ia merupakan normalisasi terhadap aktiviti yang sepatutnya dijauhi oleh anak-anak pelajar dan masyarakat sivil yang baik.

“Ini juga selaras dengan surat pekeliling KPM bertarikh 29 Mac 2018 yang menyatakan di dalam perkara 7.3 bahawa tatacara penerimaan sumbangan adalah tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya kerana boleh menjejaskan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan menolak pengecualian untuk pematuhan garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.



Dia berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan namun ia mesti mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Jadi nasihat saya, patuhi garis panduan tersebut.

“Dan juga sekolah mesti memastikan bahawa tanggungjawab itu berada di peringkat pentadbir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Terdahulu KPM memaklumkan sedang menyiasat dakwaan sebuah sekolah Cina di Sepang menerima sumbangan daripada sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol.



Kementerian itu juga mengingatkan pentadbir sekolah supaya mengikut garis panduan sedia ada.

Mengulas mengenai kehadiran timbalan menteri ke majlis kutipan dana sebuah sekolah vernakular di Sepang baru-baru yang dianjurkan syarikat pengeluar arak, MUU berharap perkara itu tidak akan berulang lagi.

“MUU menegaskan dan berharap ia tidak berulang lagi kepada mana-mana pemimpin kerajaan kerajaan ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat bahawa berlaku normalisasi terhadap penerimaan dana daripada aktiviti seperti ini,” katanya lagi. Mk

MU Umno selar dana syarikat arak, judi ke sekolah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka



Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker