‘Sukan pun tak dibenar terima dana syarikat arak, apa lagi sekolah’ – Akmal bidas DAP

‘Sukan pun tak dibenar terima dana syarikat arak, apa lagi sekolah’ – Akmal bidas DAP

Pemuda Umno menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat arak, rokok dan judi memberikan sumbangkan kepada sekolah.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, dalam sukan bola sepak pun sumbangan oleh pihak berkenaan tidak dibenarkan apa lagi kepada pihak sekolah.



“Sokongan sepenuhnya kepada YB menteri pendidikan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah.

“Jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam Fadhlina dilaporkan menolak pengecualian untuk pematuhan garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.



Dia berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun ia mesti mengikut garis panduan kementerian.

“Jadi nasihat saya, patuhi garis panduan tersebut.

“Dan juga sekolah mesti memastikan bahawa tanggungjawab itu berada di peringkat pentadbir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan sebuah sekolah Cina di Sepang menerima sumbangan daripada sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol.



Kementerian juga mengingatkan pentadbir sekolah supaya mengikut garis panduan sedia ada.

Mengulas siasatan itu, Fadhlina menyifatkan ia lebih sebagai “memberi panduan” bagi memastikan garis panduan itu telah dipatuhi.

Pekeliling itu berkuat kuasa pada Mac 2018 apabila BN menjadi kerajaan. Sekolah Cina telah menerima pembiayaan daripada pelbagai sumber, termasuk kilang bir, selama beberapa dekad.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pula berkata isu membabitkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina bagi mengumpul dana sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.



Justeru dia menegaskan akan memberi penjelasan kepada jemaah menteri berhubung perkara itu, hari ini.

Bagaimanapun Akmal turut membidas Loke dengan menegaskan bahawa negara ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook.

“Pemuda Umno menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini, bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya. Mk



‘Sukan pun tak dibenar terima dana syarikat arak, apa lagi sekolah’ – Akmal bidas DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf



Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker