Kenakan cukai kekayaan pada 50 individu maha kaya
Kenakan cukai kekayaan pada 50 individu maha kaya
Charles Santiago menggesa kerajaan menangani kekecewaan rakyat berkaitan kos sara hidup yang melambung tinggi dan gaji yang rendah menerusi “keazaman politik yang berani”.
Bekas ahli parlimen itu berkata jika cabaran sosio-ekonomi ini “ditangani secara berterusan, kita boleh mengurangkan kebimbangan dan membina Malaysia yang adil dan saksama untuk semua.”
Antara lain, dia berkata langkah memperkenalkan cukai kekayaan ke atas golongan maha kaya akan menjadi penyelesaian berdaya maju untuk membiayai program perlindungan sosial dan kebajikan.
“Cukai kekayaan sebanyak 2.5 peratus ke atas 50 individu terkaya di Malaysia boleh menjana RM10 bilion. Dengan mengagihkan semula kekayaan, kita boleh menangani kemiskinan dengan lebih berkesan dan memastikan semua orang mempunyai akses kepada keperluan asas dan keselamatan sosial,” tambahnya.
Charles berkongsi perkara itu menerusi X dan perkara lain yang dibangkitkannya semasa webinar mengenai Ekonomi Madani Malaysia serta cabaran yang dihadapi keluarga B40.
Dia juga bercerita tentang kisah seorang wanita yang sakit beberapa tahun lalu yang tidak dapat meneruskan rawatan demi menyara keluarganya.
“Kisah ini menggambarkan pilihan sukar yang dihadapi oleh banyak keluarga B40 setiap hari. Ketahanan mereka semasa pandemik adalah luar biasa, tetapi ramai yang telah terperosok jauh dalam kemiskinan.
“Laporan Ekonomi Malaysia menunjukkan 20 peratus isi rumah M40 berpindah ke kategori B40 disebabkan pengurangan pendapatan. Jurang ekonomi yang semakin meningkat ini memerlukan perhatian segera.
“Laporan ‘Families on the Edge’ & ‘Living on the Edge’ Unicef menunjukkan keadaan kemiskinan yang semakin teruk dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, terutamanya isi rumah yang diketuai wanita. Lapan daripada 10 bergelut untuk membayar barangan keperluan, dan kanak-kanak terjejas teruk,” tambahnya.
Bagi menangani isu kekurangan zat makanan dan tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak, Charles berkata program makanan percuma untuk pelajar sekolah perlu dihidupkan semula.
Dia mencadangkan kerajaan bekerjasama dengan GLC dan usahawan tempatan untuk menyediakan makanan kepada golongan berkenaan.
“Dengan melibatkan vendor makanan tempatan, termasuk usahawan wanita, kita mewujudkan pekerjaan dan menyokong perniagaan kecil,” tambahnya.
Krisis yang meruncing
Selain menyediakan pelepasan cukai untuk kenderaan elektrik (EV), Charles berkata kerajaan Madani harus mempertimbangkan untuk menyediakan panel solar dalam masyarakat berpendapatan rendah dan luar bandar, yang akan mengurangkan kemiskinan tenaga, mewujudkan aliran pendapatan baru dan memastikan peralihan yang adil ke arah tenaga boleh diperbaharui.
Bekas ahli parlimen Klang itu juga menyifatkan kekurangan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai “krisis yang semakin meruncing”, terutamanya dengan peningkatan populasi warga emas di Malaysia.
“Sehingga September 2023, 6.3 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka. Dengan 5.7 peratus isi rumah warga emas hidup dalam kemiskinan tegar, kita memerlukan mekanisme seperti bantuan pencen bulanan yang dibiayai oleh KWAP (Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan), yang mempunyai saiz dana RM190 bilion,” tambahnya.
Charles, yang menyifatkan dasar gaji progresif sebagai “langkah ke arah yang betul”, berkata ia juga mesti meliputi tiga juta pekerja tidak formal dan pekerja gig yang paling rentan.
“Pekerja ini selalunya dibayar di bawah gaji minimum dan tidak mempunyai perlindungan sosial atau insurans. Memasukkan mereka dalam dasar ini adalah penting untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dan memastikan kestabilan kewangan,” tambahnya. Mk
Kenakan cukai kekayaan pada 50 individu maha kaya
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Teega dan isteri ditegur peguam kerana cerita pengalaman ditahan reman SPRM
- ‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
- Ini jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
- Adira, Datuk Red nak kahwin semula pulak dah
- Hukuman 6 bekas penuntut UPNM ditukar kepada gantung sampai mati
- Noor Ismarina, biker berpurdah
- Tiduri Kajol, ini kata SRK
- Nelydia Senrose buka tudung pulak dah
- Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali
- Kamala Haris, Emhoff bakal pasangan Yahudi pertama di White House?
- ‘Jamuan Hantu’ di tanah perkuburan cetus ketakutan penduduk
- Mengapa penajaan syarikat arak untuk sekolah Cina menjadi isu – MCA
- Biawak gergasi dalam atas siling rumah buat penghuni terkejut
- Curang dengan lelaki lain, suami langgar kereta isteri
- Mana mungkin saya mahu berkomplot khianati parti – Nizar Najib
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf