3 penentu kerajaan stabil
3 penentu kerajaan stabil
Bekas ketua menteri Sabah menyeru Umno dan Barisan Nasional menerima dan memberi ruang kepada politik Sabah yang berlainan sifatnya.
Salleh Said Keruak berkata sejarah dan budaya yang unik membentuk politik yang tersendiri di Sabah.
Penentu siapa yang akan membentuk kerajaan negeri bergantung pada tiga faktor: politik yang terangkum, menuntut autonomi negeri, dan keupayaan membangunkan negeri ini.
Salleh, yang berkhidmat sebagai ketua menteri dari 1994 hingga 1996, berkata kerajaan negeri yang tidak memenuhi tiga perkara itu mengundang kegagalan.
Sabah kerap bertukar kerajaan – sekerap kita bertukar pakaian, bak kata orang Sabah, katanya kepada FMT.
Salleh berkata bahawa Sabah mengadakan 16 pilihan raya negeri sejak 1967 dan 14 bekas ketua menteri.
Menurut beliau, kerajaan yang ingin berjaya harus mengimbangi tiga segmen utama dalam masyarakat Sabah – Bumiputera beragama Islam, Bumiputera yang bukan beragama Islam, dan komuniti Cina.
Keseimbangan amat penting untuk memastikan kerajaan yang stabil. Maka di sini lah politik yang terangkum memainkan peranan. Kerajaan yang tidak mewakili kepentingan semua akan tumbang, katanya.
Salleh berkata rakyat Sabah juga mengharapkan kerajaan mereka menuntut autonomi politik yang lebih luas.
Maka semua parti komponen kerajaan negeri harus sefahaman dalam hal menuntut autonomi politik daripada kerajaan persekutuan, katanya.
Pada masa sama, rakyat Sabah juga mahu kerajaan mereka membawa pembangunan.
Salleh berkata BN dan Umno Sabah harus diberi ruang untuk menentukan arah di peringkat negeri, memandangkan tidak ada formula pukul rata bagi politik peringkat persekutuan dan negeri.
Kita perlu pilih rakan berdasarkan tiga faktor ini. Arah tujuan kita sehala dan bersetuju dasar-dasar yang sama.
Awal bulan ini media melaporkan Umno pusat menolak permintaan Umno Sabah yang memohon diberi kuasa untuk memilih sekutu menjelang pilihan raya akan datang.
Timbalan Ketua Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan, berkata ia bagi mengelak ‘kejanggalan’ dalam dasar parti.
Menurutnya, Umno pusat tidak mahu negeri-negeri membuat keputusan tidak selari dengan kedudukannya, kerana ia akan merumitkan parti menyelaraskan dasar jika Umno negeri membuat keputusan berlainan.
Pada Disember, Presiden Warisan, Shafie Apdal, berkata partinya akan bekerjasama dengan Umno Sabah pada PRN akan datang.
Namun, Ketua Penerangan Umno Sabah, Suhaimi Nasir, pada Mac berkata pihaknya masih mempertimbangkan kemungkinan bergerak solo. FMT
3 penentu kerajaan stabil
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.