Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?
Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?
Penganalisis politik berpendapat khabar angin Azmin Ali menolak jawatan setiausaha agung Bersatu mungkin disebabkan beliau mahu bertanding kedudukan lebih tinggi terutama timbalan presiden yang pernah disandangnya ketika bersama PKR.
Menurut Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan, alasan Azmin yang dikatakan mahu memfokuskan usaha menawan Selangor dilihat tidak kukuh kerana jawatan ditawarkan kepadanya itu sebenarnya mampu mengukuhkan peluang kembali ke puncak pentadbiran negeri paling maju itu.
Jelasnya, keputusan Azmin itu sebaliknya boleh dibaca dari dua sudut iaitu tidak bersetuju percaturan Presiden Muhyiddin Yassin dan mahu bertanding jawatan timbalan presiden kerana yakin mampu memenanginya.
“Beliau mungkin yakin mampu mengalahkan sesiapa sahaja termasuk Hamzah Zainudin sekali pun….ini mungkin satu tamparan kepada Muhyiddin dan membuka ruang untuk ahli lain menyatakan rasa tidak bersetuju.
Walaupun secara tersirat tapi dapat dibaca akar umbi, saya jangka selepas ini mungkin ada suara menentang atau tidak bersetuju dengan percaturan atau susunan kepimpinan diumumkan Muhyiddin baru-baru ini, katanya kepada FMT.
Semalam, FMT memetik sumber mendakwa Azmin dikatakan menolak tawaran menggantikan Hamzah yang dicadangkan memegang jawatan timbalan presiden menerusi ‘pelan kompromi’ bagi mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi pada pemilihan parti Oktober depan.
Berdasarkan cadangan diumumkan Muhyiddin pada konvensyen Bersatu Sabtu lalu, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu akan berundur setapak bertanding naib presiden bersama dua penyandang, Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin.
Bagaimanapun, Kiandee menjelaskan tiada usul untuk tidak mempertandingkan jawatan itu dan nama dikemukakan Muhyiddin hanya sebagai calon dicadangkan yang akhirnya ditentukan akar umbi pada pemilihan.
Sebelum ini, timbul spekulasi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden Bersatu membabitkan Faizal selaku penyandang, dan akan dicabar Hamzah.
Nama Azmin turut disebut-sebut mahu merebut jawatan orang nombor dua Bersatu itu namun difahamkan ketua pembangkang DUN Selangor itu dikatakan hanya akan merebut tempat dalam barisan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berpendapat percaturan dan penyusunan saf kepimpinan Muhyiddin itu tidak terganggu disebabkan apa jua keputusan Azmin.
“Azmin bukan keluar parti, kalau itu berlaku maka senarionya berbeza.
Mungkin Muhyiddin melihat alternatif dan peluang meneroka peluang mengukuhkan kedudukan Bersatu sebagai parti lain berkongsi kepentingan sama dengan PAS, katanya. FMT
Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?
Baca Artikel Menarik:
- Umno hanya ada 2 pilihan – Salleh
- Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
- Kes pelakon tumbuk teman wanita dirujuk kepada pendakwa raya
- Habin Noor tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman mati
- Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ
- ‘Selipar Jepun’ berharga lebih RM5k di Arab Saudi
- Sadiq Jamil ‘langgar’ arahan Sarimah
- Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan – Abang
- Enam maut dalam bilik hotel
- Penyertaan Jailani tak beri nilai tambah PN tawan Melaka pun
- Nora Danish kekal berhijab sekarang
- Pemandu e-hailing hilang selepas hantar pelanggan ke Teluk Intan
- Tupai King durian ‘kayangan’ dijual pada harga RM1,000/a>
- ADUN Rembia dan PAS nak bodohkan siapa
- https://mykmu.net/2024/07/16/arwah-nur-farah-seorang-yang-ceria-rapat-dengan-abang-abangnya/
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon