Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ

Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ

Kim Pan Gon menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk menyatakan ‘sangat bahaya’ ketika menjelaskan punca memutuskan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Menerusi satu perkongsian di laman platform X RimauXI, pengendali dari Korea Selatan itu akhirnya mendedahkan maksud sebenar kenyataan ‘sangat bahaya’ itu yang mengundang pelbagai persepsi buruk dan menimbulkan tanda tanya khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.



Pengguna platform X RimauXI itu yang turut menghadiri sesi perbincangan antara Pan Gon dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ia disebabkan penguasaan bahasa Inggeris Pan Gon tidak begitu baik.

“Apabila ditanya apa yang beliau maksudkan dengan “very danger”, jawapan beliau adalah penguasaan bahasa Inggeris beliau tidaklah baik.

“Namun ada perkara yang perlu dikaji bagi pelan strategik dan ini bukan untuk dibincangkan secara terbuka di hadapan media,” kata pengguna platform X itu.

Terdahulu, Pan Gon menegaskan beliau tidak boleh berkongsi butiran terperinci mengenai punca mengambil keputusan drastik untuk meletakkan jawatan.



Meskipun menyatakan tindakan itu diambil atas komitmen peribadi, namun Pan Gon memberi bayangan ada perkara yang mendorong beliau meletak jawatan meskipun kontraknya berakhir pada Disember 2025.

Tegasnya, perkara itu dianggap ‘bahaya’ dan ia hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tidak perlu tanya beliau lagi.

“Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai,” katanya pada sidang media khas, semalam. BH



Pan Gon beri alasan penguasaan bahasa tidak baik dalam perjumpaan dengan TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain



Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga



Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker