‘Oh no! Terduduk saya…’

‘Oh no! Terduduk saya…’

Ibarat deja vu, berita pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 pantas menggegar perasaan individu yang amat dekat dengan segala perkara berkaitan penerbangan.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, terpaku sebaik dimaklumkan mengenai tragedi yang mengorbankan 298 nyawa itu.

“Pada 17 Julai 2014, saya tiba di Beijing, China bagi mengiringi Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang tiba sehari awal bagi bertemu rakan sejawatnya, bertujuan berbincang mengenai pencarian pesawat MH370.

“Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada jam 12.30 pagi (waktu tempatan), kami disambut oleh kakitangan lapangan terbang berkenaan dan beberapa pegawai MAS.

“Mereka menyerahkan semula pas berlepas kepada kami untuk pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Mulanya saya sangka mesyuarat di Beijing dibatalkan, tapi kalau batal apa salahnya kami berehat satu malam di hotel sebab terlalu letih.

“Kami hanya diberitahu ada sesuatu berlaku di Kuala Lumpur dan ditunjukkan paparan di telefon bimbit laporan pesawat MH17 terhempas di Ukraine,” katanya dalam pertemuan dengan BH, baru-baru ini.

Azharuddin turut dihubungi isterinya bertanyakan perkara sama mengenai nasib MH17.

“Spontan saya cakap: ‘Oh no!’ Terduduk saya dibuatnya! MH370 belum selesai, belum jumpa, satu lagi tragedi berlaku dan sah semua penumpang terkorban,” katanya.

Beliau dan Tiong Lai menaiki pesawat sama pulang ke ibu negara untuk diberi taklimat kejadian.

Azharuddin mengingati suasana pilu dalam perjumpaan dengan waris mangsa, termasuk anak kapal MH17, lebih-lebih lagi ketika itu umat Islam hampir menyambut Aidilfitri.

Esoknya, beliau diarah oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak ke Ukraine dan berangkat ke Kiev melalui Amsterdam, Belanda.

“Sebaik tiba di Amsterdam, pegawai memaklumkan amat sukar untuk masuk ke kawasan tragedi dan kami terpaksa mengatur semula perancangan,” katanya.

Beliau mengakui tekanan dihadapi pasukannya ketika mengendalikan tragedi MH370 berbeza dengan MH17.

“Kita cari tak jumpa, macam ada benda yang tak lengkap, terhutang, kita sedaya upaya nak cari, nak tahu.

“Namun, MH17 ditembak oleh peluru berpandu, kita dah tahu ada pengakhiran ceritanya,” katanya.

Azharuddin mengakui pengalaman mengendalikan insiden MH370 banyak membantu dalam menguruskan kes MH17.

“Pasukan kita berani berbincang, berani masuk kawasan konflik, dapat bawa keluar kota hitam, bawa keluar jasad penumpang walaupun banyak rintangan.

“Walaupun menyedihkan, pengakhiran kisah MH17 sekurang-kurangnya memberi kita banyak jawapan,” katanya.

Katanya, detik menunggu status keberadaan kotak hitam pesawat MH17 ketika dibawa keluar menaiki kereta api dari zon perang di wilayah Donestk, Ukraine, amat mencemaskan.

“Allah sahaja yang tahu betapa kencangnya debaran kami. Apabila kami gagal menghubungi ‘The Dozen Person’ yang dipertanggungjawab membawa bukti penting itu menuju Kharkiv, macam-macam difikirkan.

“Akhirnya dapat berita kotak hitam bersama mayat mangsa MH17 selamat diperoleh dan perlu segera dibawa ke bandar Kharkiv dengan perjalanan lapan jam.

“Kami memantau pergerakan mereka melalui komunikasi telefon secara berterusan sebelum tiba-tiba terputus hubungan selama sejam pada waktu malam.

“Kami cemas lagi, bimbang memikir apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, kotak hitam itu kemudian diterbangkan ke Farnborough, London menggunakan pesawat khas dengan kawalan ketat pegawai keselamatan Malaysia dan Belanda untuk proses siasatan,” katanya. BH

‘Oh no! Terduduk saya…’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker