Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

PELBAGAI perkara diulas bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon ketika ucapan terakhirnya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor pada Selasa.

Selain menceritakan rasa penghargaannya terhadap penyokong bola sepak negara, jurulatih dari Korea Selatan tersebut turut menjelaskan faktor atas keputusannya itu.

Bagaimanapun, persoalan utama yang timbul adalah apabila dia enggan bercerita mengenai cabaran dan halangan sepanjang tiga tahun mengisi jawatan itu.

Pan-gon secara rasmi mengundur diri daripada jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya.

Menurutnya, sekiranya perkara berkenaan disampaikan kepada khalayak, ia akan mengundang ancaman tetapi tidak memberi info mendalam mengenainya.

Tetapi, Pan-gon menjelaskan bahawa perkara itu diketahui Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kerana mereka sudah membicarakan isu tersebut sebelum ini.

Kenyataan tersebut sekali gus menimbulkan persepsi dalam kalangan penyokong yang berasakan terdapatnya ‘tangan ghaib’ sehingga membuatkan jurulatih itu enggan berkata mengenainya secara terbuka.

Malah, luahan itu seakan-akan menerima perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris yang ingin tahu makna sebenar di sebalik perkongsiannya.

“Apa susah, pergi tanya dia beramai-apa yang dia maksudkan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik dan pihak media, tanya dia apa maksud dia ‘dangerous’. Jadilah lebih jelas.

Tunku Ismail pernah mendedahkan perbualannya bersama Pan-gon beberapa tahun lalu.

“Takut kena tembak? Takut kena culik? Kena sepak? @RimauXI, awak dahulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM.

“Tetapi, apabila saya minta bukti, awak beritahu ini semua teori sahaja. Jadi, ini semua lagi satu konspirasi teori yang dibuat-buat?” katanya menerusi aplikasi X.

Sebelum ini, Tunku Ismail pernah berkongsi tangkap layar perbualannya dengan Pan-gon menerusi beberapa hantaran di Instastory peribadinya.

Di samping memberikan ucapan tahniah atas kejayaan JDT dalam Piala Sumbangsih, jurulatih berkenaan pernah berkongsi kesebelasan utama Harimau Malaya untuk mendapatkan persetujuan.

Sejak menceburkan diri dalam dunia bola sepak tempatan, Tunku Ismail sering dilabel sebagai ‘tangan ghaib’ yang kerap melakukan percaturan.

Bagaimanapun, dakwaan itu hanyalah kata-kata dalam kalangan orang ramai tanpa sebarang bukti kukuh pernah disiarkan orang ramai. — Majoriti

Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas

Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker