Mayat Nur Farah Kartini ditemui di Felda Gedangsa, dipercayai dibunuh

Mayat Nur Farah Kartini ditemui di Felda Gedangsa, dipercayai dibunuh

Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang tadi dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi mengesahkan penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.



Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam. BH

Mayat Nur Farah Kartini ditemui di Felda Gedangsa, dipercayai dibunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nora Danish tak kisah Nedim bersama wanita lain

Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas



Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga

Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker