Ada 727 ‘Shopping Mall’ di KL, pengunjung pula kurang
Ada 727 ‘Shopping Mall’ di KL, pengunjung pula kurang
Kehadiran pelbagai pusat beli belah atau ‘shopping mall’ di tengah pusat ibu kota Kuala Lumpur (KL) telah membuatkan orang ramai mula tepu dan kesannya, kebanyakan daripada pusat ini lengang tiada orang.
Melalui pendedahan Al Jazeera, Goh Sook Lam, pemilik kedai komputer di pusat beli-belah 3 Damansara. Walaupun terdapat acara taekwondo di aras bawah, tingkat atas pusat beli-belah itu sunyi.
“Saya bergantung kepada pelanggan tetap saya. Pelanggan masuk secara rawak kurang… Kadang-kadang saya tak balik modal,” kata Goh, 48, yang hanya mempunyai seorang pelanggan, Rudi Sim, 48, pada hari itu.
Goh bukan satu-satunya yang merasai kesan kekurangan pengunjung di pusat beli-belah di Malaysia.
Dengan lebih daripada 1,000 pusat beli-belah pada akhir 2023, banyak pusat beli-belah baru sedang dibina walaupun yang sedia ada menghadapi kesukaran menarik orang ramai.
Menurut laporan tersebut, di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 727 pusat beli-belah.
Walaupun beberapa pusat beli-belah utama masih menikmati trafik kehadiran pengunjung yang tinggi dan kadar perniagaan yang hampir penuh, penyewa di pusat beli-belah yang kurang popular pula kini bergelut untuk bersaing.
Ruang runcit Malaysia meningkat kepada 17.69 juta meter persegi pada 2023, tetapi kadar penghuni adalah lebih rendah daripada sebelum pandemik, iaitu 77.4 peratus tahun lepas.
Sesetengah perniagaan kini sedang berusaha untuk kekal bertahan di pusat beli-belah kurang popular seperti Glo Damansara.
Veronica David, yang berniaga kafe bersama dengan suaminya, berkata perniagaannya berjaya walaupun lokasi pusat beli-belah itu sunyi.
Mereka memilih lokasi tersebut kerana sewanya yang berpatutan dan pengurusan pusat beli-belah yang mesra.
Phang Sau Lian, Presiden Persatuan Pusat Beli-belah Malaysia, berkata peruncit perlu bekerja lebih keras untuk menonjol dalam situasi seperti ini.
“Tren pengguna bergerak pantas, dan pusat beli-belah mesti sentiasa menyesuaikan diri untuk kekal relevan,” katanya.
Trend terkini menunjukkan peratusan ruang disewa oleh outlet makanan dan minuman meningkat kepada hampir 30 peratus.
Foo Gee Jen, penasihat di firma perunding hartanah CBRE-WTW, menyatakan pengguna kini mencari “pengalaman” lebih daripada sekadar membeli-belah.
Pusat beli-belah yang lebih lama perlu dinaik taraf untuk kekal bersaing.
Walaupun ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak 3.7 peratus tahun lepas, pembinaan pusat beli-belah tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan.
Terdapat sekurang-kurangnya 33 ‘shopping mall’ baru dengan 1.13 juta meter persegi ruang runcit dalam perancangan di KL.
Goh, yang kedainya terletak berhampiran pawagam yang telah ditutup, kini sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke aras bawah dengan kadar sewa yang sama atau mencari tempat lain di pusat beli-belah tersebut. Vc
Ada 727 ‘Shopping Mall’ di KL, pengunjung pula kurang
Baca Artikel Menarik:
- RM1 juta sebulan bayar gaji
- MP Pendang diarah keluar Dewan
- Pengasas KK Mart, isteri dibebaskan mahkamah berkait stoking kalimah Allah
- Suspek tembak Donald Trump seorang yang pendiam
- Kicauan RM200,000 Murai Batu
- Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah
- Sejarah hitam Alya Iman ‘menyondol’ bergelegak semula
- Tian Chua gesa Anwar buat pusingan U demi negara
- Ini kenapa Ramkarpal bimbang sekiranya AG dilantik Hakim Besar Malaya
- UMNO milik ahli bukan pemimpin
- Adam Adli nafi AMK ada masalah dengan Pemuda Umno
- Hamzah ‘naik pangkat’ untuk hadapi tekanan PAS
- Zahid terbuka jawatan ‘Top 2’ dipertandingkan/a>
- Kamu katak politik #dasarpenjilattegar
- Polis trafik melambung dilanggar pemandu mabuk
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raghad dakwa dihalang masuk rumah, kubur arwah suami tidak dijaga
Bella Astillah dikecam berpakaian seksi ketika dalam iddah (Video)
You must be logged in to post a comment.