Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)

Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)

Video tarian pengantin India bersama rakan Melayunya mendapat perhatian netizen kerana menampilkan imej kepelbagaian kaum dalam negara ini.

Video lebih 3 minit itu dimuat naik di akaun Tik Tok pengantin perempuan, Gowsealya14, memaparkan tiga rakan bukan India menjadi pengapit dan menari bersamanya ketika membuat perarakan masuk ke dalam dewan perkahwinan.



Daripada lapan pengiring perempuan yang mengiringi pengantin ke dalam dewan, tiga daripadanya adalah kawan baiknya berbangsa Melayu yang juga memakai kain sari dengan tudung.

Setakat ini, video itu telah menerima ribuan ‘likes’ dan komen dari pengguna media sosial itu.

Pengguna TikTok, Lia berkata, dia gembira melihat kelibat rakan pengantin itu sudi menjadi pengapit dan menari bersama.

“Saya berasa gembira apabila melihat kawan Melayu kamu menjadi penyokong kamu,” katanya.



Seorang pengguna, Sathasanthy Shan berkata, persembahan tarian itu sungguh menakjubkan dan menawan.

Sementara itu, pengguna lain memuji dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin itu.

“Tarian yang bagus. Tahniah kepada kamu berdua (pasangan pengantin),” kata Shiro. BH

Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami di Kelantan, macam mana nak buat baby – Fazura



M Jamil bahagia bersama isteri keempat – Anak

Nama Mamat Sepah disebut-sebut netizen



Bella Astillah sindir Ruhainies tak pandai menangis depan kamera

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker