Suspek pecah cermin 6 kereta diburu polis
Suspek pecah cermin 6 kereta diburu polis
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang memecahkan enam cermin kereta yang diparkir di tepi jalan kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Awan Besar, Bukit Jalil di sini.
Ketua Polis Cheras, Ravindar Singh Sarban Singh, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan Selasa lepas dan siasatan mendapati kesemua kenderaan terbabit diparkir oleh pemilik masing-masing bermula kira-kira 3 petang pada Isnin.
“Beberapa bahagian cermin kereta terbabit dipecahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum disedari oleh pemilik kenderaan pada keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ravindar Singh berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian berkenaan.
Hari ini tular di media sosial video berdurasi 47 saat memaparkan cermin beberapa kereta di tepi jalan kawasan LRT Awan Besar, Bukit Jalil, dipecahkan. FMT
Suspek pecah cermin 6 kereta diburu polis
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya