ROS tolak pendaftaran Urimai
ROS tolak pendaftaran Urimai
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah menolak permohonan pendaftaran Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) sebagai parti politik, menurut pengerusi sementaranya, P Ramasamy.
Ramasamy berkata, pihaknya menerima jawapan rasmi daripada ROS semalam, setelah memfailkan permohonan secara rasmi pada November 2023, iaitu kira-kira lapan bulan lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Ramasamy berkata pihaknya tidak terkejut dengan penolakan itu, memandangkan parti-parti lain sebelum ini turut berdepan kesukaran dan mengambil masa yang lama untuk berdaftar secara sah.
“Parti-parti seperti PSM dan Muda telah mendapatkan pendaftaran mereka setelah bawa isu pendaftaran ke Mahkamah. PSM terpaksa menunggu lebih 10 tahun untuk didaftarkan.
“Ironinya adalah, pendaftaran Urimai telah dinafikan oleh Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang selalu canangkan ‘reformasi’,” katanya.
‘Ditolak sebab kempen lawan kerajaan’
Mengulas lanjut, Ramasamy mendakwa penolakan itu ekoran kerajaan marah dengan Urimai yang berkempen menentang calonnya ketika PRK Kuala Kubu Bharu dan kini PRK Sungai Bakap.
“Keputusan ini dikeluarkan semasa kempen PRK di Sungai Bakap. Kami boleh faham ada pemimpin Kerajaan Madani yang marah kerana kami berkempen menentang mereka di Kuala Kubu Bharu dan kini di Sungai Bakap…Kami tidak akan gentar dengan tindakan ini,” katanya yang merupakan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Dia berkata pasukan undang-undang Urimai sedang mengambil langkah untuk mengemukakan rayuan selain tindakan lanjut yang lain.
“Penubuhan parti ini adalah hak terjamin kami yang termaktub dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Kami akan melakukan segalanya menurut batasan undang-undang untuk menegakkan hak tersebut,” katanya lagi. Mk
ROS tolak pendaftaran Urimai
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya
You must be logged in to post a comment.