Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
Seorang pakar komunikasi berpendapat sebarang pengumuman awal berkaitan inisiatif kerajaan perlu disertakan penjelasan seperti kesan pelaksanaannya, bukan hanya sekadar hebahan teka-teki.
Zaharom Nain dari Universiti Nottingham Malaysia berkata pengumuman ‘terlalu ringkas’ hanya menyebabkan masyarakat menganggap menteri-menteri kerajaan tidak serius menangani masalah rakyat.
“Jika banyak sangat kenyataan rasmi dihebahkan dengan cara sebegini, ia seakan-akan seseorang menteri yang dipilih rakyat memandang rendah dan memperlekehkan kehendak mereka,” katanya.
Beliau berkata setiap keputusan kerajaan membawa implikasi terhadap rakyat dan tidak harus dipersembahkan dengan begitu remeh sekali, sebaliknya secara profesional.
Zaharom mengulas kenyataan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ‘akan ada satu lagi kejutan’ berkaitan penyelarasan subsidi petrol RON95 dalam wawancara Bloomberg minggu lalu, yang mungkin memberi peluang pembangkang untuk memanipulasikan isu tersebut.
‘Kejutan’ itu merujuk kepada strategi kerajaan tidak membuat makluman awal kepada umum berkenaan keputusan berkaitan penyelarasan subsidi petrol RON95 seperti dibuat ketika melaraskan harga diesel, bulan lalu.
Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata ‘trailer’ tanpa apa-apa bayangan atau petunjuk itu mungkin ‘cuba memancing’ fokus orang ramai untuk memfokuskan
pengumuman sebenar.
Namun katanya, jika pengumuman yang lama ditunggu rakyat itu tidak berisi dan sekadar propaganda maka kerajaan akan berdepan kritikan.
“Kita sudah tunggu lama tetapi hanya pengumuman kosong. Tiada masalah kita tunggu jika ia bersifat substantif,” kata penganalisis politik itu.
Bulan lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan bahawa satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan bakal dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim, namun ia tidak berlaku pada masa yang dijanjikan.
Susulan itu, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan Fahmi kerana terlampau ‘mengembar-gemburkan’ pengumuman berhubung harga telur, sehingga ia tidak mendapat respon baik bahkan menjadi bahan ejekan netizen di media sosial.
Bekas menteri kesihatan itu berkata ‘trailer’ Fahmi seolah-olah memberi isyarat kepada rakyat bahawa ia sesuatu perkara yang sangat besar. FMT
Menteri jangan beri ‘trailer teka-teki’ inisiatif kerajaan
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma
You must be logged in to post a comment.