Bekas juara dunia lompat tinggi mati ditembak

Bekas juara dunia lompat tinggi mati ditembak

CAPE TOWN: Polis Afrika Selatan mengesahkan penemuan mayat bekas juara dunia lompat tinggi, Jacques Freitag yang dilaporkan hilang bulan lalu dengan kesan beberapa tembakan.

Freitag, 42, yang dilaporkan hilang selama dua minggu ditemui dengan beberapa kesan tembakan, menurut laporan berita tempatan.



Polis mengesahkan kes orang hilang dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas `dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024′.

“Freitag memberitahu keluarga bahawa dia akan pergi ke Pretoria dan memberikan alamat rumah tamu tempat dia akan menginap,” menurut polis.

Mayatnya dilaporkan ditemui di kawasan berumput berhampiran tanah perkuburan pada petang Isnin di Pretoria West, Afrika Selatan.

Polis juga mengesahkan kes orang hilang kini ditukar kepada kes bunuh.



“Penemuan ini dibuat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) yang menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang,” kata polis.

“Keluarga si mati telah mengenal pasti mayat berkenaan. Tiada siapa yang ditahan setakat ini tetapi polis sedang mengikuti petunjuk yang ada.”

Freitag merupakan antara beberapa atlet yang memenangi kejuaraan dunia pada peringkat remaja dan senior. Beliau meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi di Kejohanan Dunia 2003 di Paris. BH

Bekas juara dunia lompat tinggi mati ditembak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis



Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma

Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya



Candat sotong tepi highway Guthrie (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker