Seludup wanita Vietnam, pegawai imigresen antara didakwa
Seludup wanita Vietnam, pegawai imigresen antara didakwa
Seorang pegawai imigresen bersama tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Taiping, Perak, atas tuduhan menyeludup enam migran wanita warga Vietnam pada Mac lalu.
Abdul Hadi Mat Din, 42; Teoh Boon Poh, 58; Chua Eng Keong, 47 dan warga Thailand, Sukree Awang, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Noor Ruwena Md Nurdin, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama menjalankan penyeludupan migran melibatkan enam wanita di tempat letak kereta berbayar, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di Pengkalan Hulu sekitar jam 11.26 pagi pada 9 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nazreen Zabarudin.
Hadi dan Teoh diwakili peguam, Harpal Singh manakala Mohamad Hafiz Jalaludin mewakili Chua, dan Shukree diwakili Muhamad Syah Azlan Abdullah.
Mahkamah menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. BH
Seludup wanita Vietnam, pegawai imigresen antara didakwa
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis