‘Mungkin Allah jentik hati saya’

‘Mungkin Allah jentik hati saya’

Kuching: “Tengok keadaannya buat saya tak sampai hati dan saya percaya, Allah SWT yang jentik hati untuk membantunya.”

Begitu reaksi Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Wan Alamshah Wan Asnawi, 59, yang menarik perhatian selepas tular satu video di TikTok yang meraih 3.8 juta tontonan.

Video dimuat Abang Afhi Affandy Rosli, 24, menunjukkan Wan Alam Shah memberi baju T dipakainya kepada seorang lelaki gelandangan yang tidak berpakaian.

Berkongsi kisah sebenar, Wan Alamshah berkata, dia bertemu dengan lelaki berkenaan ketika dalam perjalanan untuk minum pagi di bandar ini.

“Selepas kuliah Subuh pagi semalam (Ahad), saya tumpangkan seorang pak cik yang tiada kenderaan untuk ke bandar.

“Saya terserempak dengan gelandangan itu tak berpakaian seolah dalam kesejukan dan dalam keadaan tak tentu arah.

“Kemudian, saya sapa dia, tanya mana bajunya dan katanya tiada, jadi saya terus buka jubah lalu beri baju T dipakai di dalam kepada lelaki itu kerana kasihan dengannya,” katanya.

Menurutnya, dia turut membelikan makanan kepada lelaki itu atas rasa ihsan sesama insan.

Katanya, dia tidak menyangka video dimuat naik kakitangannya tular kerana menganggap ia sebagai perkara biasa dan tindakan spontan.

“Saya tak harap nak tular, cuma nak doa saja daripada lelaki yang saya tolong itu. Siapa tahu, doanya terangkat dan selepas video itu tular, saya ada juga baca ruangan komen.

“Alhamdulillah, rata-ratanya positif dan ramai doakan saya. Syukur Allah SWT beri kesempatan saya bantu.

“Moga apa saya lakukan mendapat keberkatanNya,” katanya yang juga aktif melakukan agihan makanan dan minuman percuma setiap Jumaat sebagai inisiatif untuk bersedekah. HM

‘Mungkin Allah jentik hati saya’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker