Dr. Mohd Sukki Othman dilantik Mufti Pulau Pinang

Dr. Mohd Sukki Othman dilantik Mufti Pulau Pinang

Georgetown: Profesor Madya di Unit Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang baharu.

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerusi hantaran di Facebook mengumumkan pelantikan Mohd Sukki itu berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan mufti sebelum ini Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.



Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid turut mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

Mohamad berkata Mohd Sukki merupakan Pensyarah Kanan dan Profesor Madya di UPM yang diluluskan secara pinjaman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Tahniah diucapkan atas pelantikan Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu berkuatkuasa 1 Julai hari ini.

“Beliau merupakan anak jati Pulau Pinangdalam bidang Bahasa Arab dan syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan; Sarjana Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM).



“Berikutan pengalaman dan pengetahuannya yang luas, saya berharap mufti baharu dapat menjalankan amanah dengan cemerlang dalam memimpin dan mentadbir Jabatan Mufti Negeri dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini. HM

Dr. Mohd Sukki Othman dilantik Mufti Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen



Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker