Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah

Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah

PELAKON jelita Sophia Albarakbah menegaskan dia tidak pernah lari daripada media sejak namanya dikaitkan dengan kontroversi aktor sensasi, Aliff Aziz.

Menurut Sophia, 31, jadual kerja yang padat terutama di set penggambaran menyebabkan dia tiada masa untuk menghadiri pelbagai acara hiburan.



“Saya tidak mengelak tapi sibuk dengan kerja. Memang buat masa sekarang fokus saya hanyalah bekerja, perkara yang tiada kaitan tidak perlu saya komen.

“Alhamdulillah, kerja saya tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Bagi saya apabila bekerja harus serius dan sebagai pelakon saya ada tanggungjawab yang harus dilunaskan di set penggambaran.

“Jadi, benda tidak sepatutnya (kontroversi), tidak perlu ulas,” ujar Sophia.

Meskipun diasak pihak media, pelakon jelita itu tetap dengan pendirian enggan namanya dikaitkan lagi dengan Aliff Aziz.



“Saya minta maaf saya tidak selesa untuk menjawab (soalan berhubung kontroversi Aliff Aziz). Kalau nama itu (Aliff Aziz) saya tidak mahu jawab,” kata Sophia.

Dalam pada itu, Sophia turut menjelaskan dia tidak ‘melayan’ media sosial kerana menganggap banyak perkara tidak berfaedah dalam platform berkenaan.

“Saya jarang melihat media sosial. Bagi saya banyak perkara tidak berfaedah di sana.

“Saya pula bukan jenis yang suka dengar gosip dan borak perkara yang tidak sepatutnya. Jika perkara atau isu yang dibangkitkan tidak berilmiah saya tidak akan baca,” tegas Sophia.



Sementara itu, Sophia yang ditemui pada majlis tayangan filem Saka Perawan bersama peminat baru-baru ini bersyukur bakat seninya semakin diterima.

Malah, watak lakonannya semakin bervariasi termasuk dalam filem seram komedi, Saka Perawan yang telah ditayangkan dipawagam sejak 27 Jun lalu.

“Saya seronok berlakon dalam filem ini walaupun menjadi pontianak (ketawa). Sepanjang di set penggambaran kami semua tidak tertekan sebab semua pelakon kelakar.

“Sutradara Dr. Ahmad Idham juga memberi tunjuk ajar dan saya berbesar hati dapat berlakon dibawah arahannya,” tutur Sophia.



Selain Sophia filem Saka Perawan turut dibintangi Azlee dan Yassin daripada kumpulan Senario, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Atu Zero, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Anne Abdullah dan Zalif Sidek. HG

Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)



Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker