Ramlan Harun pengerusi SPR baru

Ramlan Harun pengerusi SPR baru

Bekas ketua setiausaha kementerian pembangunan luar bandar Ramlan Harun dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan Ramlan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.



“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR.

“Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pelantikan Ramlan sebagai pengerusi SPR yang baru adalah bagi menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu. Dia menerajui badan suruhanjaya berkenaan selama empat tahun bermula Ogos 2020.

Ramlan, 60, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Mk



Ramlan Harun pengerusi SPR baru

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish



PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia



Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker