Hafidz tunjuk bukti bayar nafkah anak, jijik dengan fitnah Nurul Shuhada

Hafidz tunjuk bukti bayar nafkah anak, jijik dengan fitnah Nurul Shuhada

Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri gagal membayar nafkah dua anak.

Hafidz, 30, yang memilih berdiam diri ketika Nurul Shuhada membuat pendedahan menjelaskan, dia terpaksa tampil bersuara kerana tidak mahu kerjaya yang baru hendak bermula kembali terjejas.



Katanya, tidak pernah culas membayar nafkah dua anak Humairah, 7, dan Umar, 4, sejak bercerai pada Februari tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) turut mengemukakan slip transaksi wang sebagai bukti.

“Dakwaan mengatakan saya culas membayar nafkah wajib ke atas anak-anak adalah satu fitnah menjijikkan.

“Selepas bercerai tahun lalu, belum pernah saya mengabaikan nafkah anak, tetapi saya hanya bayar ikut kemampuan berikutan tiada tawaran lakonan. Saya pun baru memulakan kerja sebagai penghantar barang.



“Walaupun ada bulan yang terlepas, tapi saya selesaikan juga nafkah secepat mungkin,” katanya.

Menurut Hafidz lagi, bekas isterinya sepatutnya malu dengan penipuan dilakukan berikutan dirinya menyimpan segala bukti.

Katanya, dia juga tidak mahu fitnah dibuat Nurul Shuhada akan menjejaskan periuk nasinya.

“Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi untuk bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.



“Dengan ini, saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nafkah wajib ke atas anak tanpa culas dan elak dari tertunggak,” katanya.

Ditanya mengenai insurans perlindungan diri anak-anak, Hafidz berkata, sebelum ini, dia memang ada membayarnya, tetapi tidak meneruskan bayaran pada Mei tahun lalu kerana tidak mampu.

“Memang sepatutnya saya bayar insurans anak-anak, tetapi saya berhenti membayarnya tahun lalu kerana tiada kemampuan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Nurul Shuhada menuntut agar aktor itu melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anaknya.



Nurul Shuhada mendakwa sudah meminta nafkah anak secara peribadi, namun diabaikan bekas suami menyebabkan dia memilih untuk bersuara dalam media sosial.

Nurul Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu. BH

Hafidz tunjuk bukti bayar nafkah anak, jijik dengan fitnah Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker