Kamal Bakar meninggal dunia

Kamal Bakar meninggal dunia

Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pada jam 1 pagi tadi.

Berita duka itu dimaklumkan oleh anak sulungnya, Hanis Kamal, 35.



Hanis berkata, bapanya akan diuruskan di Hospital Melaka terlebih dahulu sebelum dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka.

“Sekarang kami sekeluarga sedang uruskan jenazah arwah untuk dibawa pulang ke rumah. Selepas itu, dari rumah kami akan bawa ke Masjid Bukit Baru untuk urusan mandi dan kafan.

“Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka,” katanya kepada BH Online.

Sabtu lalu, Hanis memaklumkan, bapanya dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU, Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.



Hanis dilapor berkata, bapanya sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarga bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan pelakon berkenaan.

Selepas ke ICU Hospital Melaka dan mendapatkan rawatan, Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Beberapa minggu lalu, Kamal dilapor ditidurkan di Hospital Melaka tular di platform TikTok.



Kamal meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, yang dikahwini pada 1988 termasuk lima cahaya mata.

Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi banyak drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar dan Ratu Ten Pin. BH

Kamal Bakar meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan



BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker