Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun

Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun

Penyanyi jolokan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 65, berkongsi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.

Jamal berkata, dia mahu merahsiakan kehamilan anak kelima, namun isterinya mengalami alahan teruk, tak makan selama lapan hari dan muntah.



“Jadi, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan berhati-hati mengambil ubat. Ini kerana pengambilan ubat akan memberi kesan kepada jantung.

“Isteri muntah-muntah hingga membuatkan jantungnya bengkak. Ia sangat merisaukan saya.

“Saya bukanlah mahu berkongsi mengenai kehamilan, tapi ia mengenai isu kesihatannya dilalui.

“Kita kena sama-sama beringat, jangan sampai jadi kepada orang lain,” katanya kepada BH Online.



Jamal berkata, isterinya dirawat selama empat hari di sebuah hospital swasta, kemudian pulang ke rumah, namun masih muntah-muntah sehingga tak boleh makan langsung. BH

Jamal bakal dapat anak lagi diusia 65 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan



BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker